Assalamualaikum sahabat..

Tujuan utama saya membuat penulisan di blog ini untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat dan terlebih utamanya perkara berkaitan dengan kesihatan..mudah-mudahan allah mudahkan.

Sebelum itu saya ingin mengenalkan diri saya terlebih dahulu..tiadalah sesuatu yang menarik tentang diri saya cuma sebagai adab berkenalan,terlebih baik saya mengenalkan diri kepada yang sudi membaca penulisan saya yang sederhana ini..saya yang bernama khairul dilahirkan di negeri pahang dan menetap di selangor sejak kecil lagi..lebih kurang tinggal dinegeri ini selama 25 tahun yang lalu sehinggalah sekarang..pendidikan sekolah menengah saya di sekolah agama menengah sultan hisamuddin yang beralamat jalan tepi sungai, sungai bertih,klang..saya dikenali sebagai seorang yang nakal suka mengusik orang dengan perkara yang terkadang tidak baik dicontohi 😆 kurang senonoh..maafkan saya kawan-kawan dan tidak lupa juga kepada semua guru-guru yang diredhoi allah..bila diimbau kembali kenangan disekolah rasa ingin mengundur masa untuk kembali bersekolah namun itu tidak akan terjadi..

Setelah selesai sekolah menengah saya melanjutkan pengajian di pusat pengajian pondok bustanul arifin yang beralamat di jalan haji amin,lapis tiga,kampung labuhan dagang,banting yang dikelola oleh Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Ansory @ Khairul Muin Bin Morshid yang telah kembali kerahmatullah pada 2 november 2017..semoga allah mencucuri rahmat buat guru kami..disinilah bermula titik mengenal sistem pembelajaran pondok,akhlak,berdikari,tolong menolong,khidmat amal,bergaul,urus emosi,ilmu dan bermacam yang lain walaupun pengajian disini tidaklah begitu lama hanya sempat menyinggah,menumpang belajar selama setahun setengah..terima kasih tidak terhingga buat guru kami dan juga seluruh warga pondok..seterusnya saya melanjutkan pengajian di madrasah miftahul muarrif yang lebih dikenali dengan nama pondok jorak bermula pada tahun 2015 sehingga 2018..mudir madrasah juga merangkap guru kami yang sentiasa dibawah kasih sayang dah jagaan allah iaitu Tuan Guru Ustaz Nazaruddin Sarbini..dikhabarkan guru kami kurang sihat  sejak kebelakangan ini 😌 semoga allah memudahkan urusan rawatan dan terlepas dari penyakitnya..selanjutnye saya diizinkan allah ta'ala untuk melanjutkan pengajian kebumi yang penuh barakah iaitu yaman (hadralmaut) dibawah pimpinan guru mursyid iaitu Al-Habib Muhammad Bin Soleh Al-Attas semoga allah memelihara beliau..pengajian saya di yaman tidaklah begitu lama 2019-2023.

Inilah sedikit perkenalan diri saya..mudah-mudahan kita dapat menjalinkan hubungan yang diredhoi allah..memandangkan ini kali pertama penulisan saya,maka saya lebih senang dengan mendahulukan penulisan pengenalan diri..pada task yang akan datang insyaallah saya akan kongsikan kepada sahabat tentang berkaitan kesihatan dan juga perkara-perkara yang ada manfaat.

Sekian dari saya,semoga sahabat dalam peliharaan allah selalu.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penulisan 2:ANDA NAK KERJA PART TIME IDAMAN???MUDAH,WAKTU FLEXIBLE